Buku Untuk Pengkaji Syiah

Syiah_ghulat

Karya Maulana Mohd Asri sentiasa menarik perhatian saya. Tahun ini masuk tahun kedua saya bergelumang dengan karya-karya, audio dan videonya. Saya membaca. Mendengar. Menonton dan berfikir atas semua itu. Saya bukan setakat mahu memahami apa yang cuba disampaikannya. Kalau itu, saya boleh mencarinya dari pelbagai sumber. Tapi saya cuba mencari lebih dari itu.

Saya cuba memahami apa yang cuba dibawa dan diperjuangkan oleh beliau. Saya menyelami keunikan manhaj yang diketengahkan. Persamaan dan perbedaan apa yang dibawanya dengan manhaj tokoh-tokoh sunnah lainnya.

Sebuah buku susunan beliau yang dikirimkan kepada saya oleh sdra Zamri antara yang menarik perhatian saya. Dan, nampaknya bukan saya sahaja, malah rakan-rakan saya di kalangan ustaz-ustaz dan pelajar agama juga.

Buku berkenaan bertajuk al-Ja’fariyah:
Tempat Berselindung Syiah Ghulat

.

Apa yang menarik tentang buku ini?

Buku ini adalah buku tentang Syiah Imamiyah. Ia agak berbeza dengan buku-buku lain ialah kerana ia bolehlah dianggap seperti sebuah kamus. Maulana Asri menyenaraikan aqidah-aqidah asas Syiah Imamiyah, kemudian beliau memberi rujukannya berdasarkan kitab-kitab induk mereka. Yang menariknya lagi, petikan-petikan dari kitab-kitab berkenaan bukanlah ditaip semula, tetapi difotokopi. Jadi, dengan begitu ia nampak lebih menyakinkan bahawa ia memanglah kitab asli. Dan kita, sekalipun tidak memiliki kitab berkenaan, sekurang-kurangnya dapat menatap petikan dari kitab aslinya.

Berikut ini adalah petikan mukadimah kitab berkenaan:

syiah_jaafariyyah_001.gif

Contoh: Antara aqidah Syiah Imamiyah ialah taqiyyah:

Maulana Asri menyatakan tentang aqidah ini, untuk melihat petikan dari kitab mereka dinyatakan lampiran berapa dan halaman berapa:

syiah2
Berikut ini adalah halaman yang berkaitan dengan kenyataan di atas:
syiah3
Kesimpulan

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengkaji tentang Syiah Imamiyah melalui kitab induk mereka, inilah buku pertama yang mesti dimiliki. Atau untuk mereka yang tidak boleh berbahasa Arab juga perlu memiliki buku ini. Kerana senarai aqidah-aqidah Syiah adalah berbahasa Melayu. Dan sekalipun lampiran kitab-kitab Syiah Imamiyah berbahasa Arab, sekurang-kurangnya kita dapat lihat dengan mata kepala kita sendiri, itulah yang selama ini yang mereka iktiqadkan melalui kitab-kitab berkenaan.

Untuk mendapatkan buku ini sila hubungi/SMS:

hakim-eze (012-4589460)

Harga: RM80

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: