Menjelaskan Kekeliruan Yang Terdapat Dalam Kitab al-Barzanji (Maulid Berzanji)

April 24, 2007

Setiap pertikaian adalah diambil daripada sumber beberapa kitab terjemahan berzanji. Dua Kitab terjemahan yang menjadi rujukan utama:

– Terjemahan Maulid Berzanji Daiba’i, Perniagaan Jahabersa, Susunan Ust. Zulkifli Mat Isa.
– Majmu’ah Maulid Sarif, Percetakan al-Ma’arif SDN. BHD.

Read the rest of this entry »

Advertisements

Bolehkan Berwudhuk Tanpa Menanggalkan Khuf (kasut kulit), al-Jaurab (Stokin), Muq, Kasut, Dan Seumpamanya (Penutup Kaki)

April 24, 2007

Berkenaan Khuf (Kasut Yang Diperbuat Daripada Kulit)

1 – Memakai khuf dalam keadaan suci (berwudhuk)

“aku bermusafir bersama Nabi s.a.w. dalam satu perjalanan. Lalu aku ingin membuka menanggalkan khuf Baginda. Kemudian baginda bersabda: Biarkan kedua-duanya. Ini kerana, aku memakainya dalam keadaan kedua-duanya suci. Lalu baginda menyapu di atas kedua-dua khufnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, an-Nasai, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad dan ad-Darimi)

Read the rest of this entry »


e-book Analisis Dalil Tentang Talqin

April 17, 2007

Analisis_Dalil_Talqin (download doc)


Hamah

April 17, 2007

hamah

Lokasi Hamah:

Sebuah bandar di Republik Arab Syria sekarang ini.
– Bandar Hamah terletak di garisan lintang 35° ke Utara dan di garisan bujur 37° ke Timur. Kedudukan bandar ini yang mengalami berapa musim dalam setahun menjadikan cuacanya sentiasa berada di dalam keadaan sederhana, nyaman malah pemandangannya menjadi lebih indah terutamanya dengan pelbagai jenis bunga.

Read the rest of this entry »


Hukum Berzikir dan Berdoa dengan meninggikan suara secara Jamaah

April 17, 2007

Persoalan yang akan dibincangkan disini bukanlah suatu persoalan yang baru bahkan merupakan persoalan yang diperdebatkan dari generasi ke generasi dan akan berlarutan selagi mana kita tidak berlapang dada dan tidak cuba mengkajinya secara ilmiah.

Kita merasa terkilan kepada sebahagian yang mendakwa bermazhab Syafie tetapi sebenarnya telah berdusta dan mengkhianati Al-Imam As-Syafie Rahimahullah (204H) dengan menyatakan apa yang tidak dinyatakan oleh Al-Imam As-Syafie sendiri. Ini semua berpunca dari kejahilan dan sikap malas untuk membuka sendiri kitab-kitab Imam Syafie. Akhirnya hanya mendengar dan menerimanya tanpa dikaji adakah ianya benar atau tidak.

Read the rest of this entry »


e-book Hukum Sihir

April 17, 2007

hukum sihir (download pdf format)


Hak Isteri Yang Perlu Dipenuhi Suami

April 17, 2007

Oleh: Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas

[3]. JANGAN ENGKAU MEMUKUL WAJAHNYA

Di antara hak yang harus dipenuhi seorang suami kepada isterinya ialah tidak memukul wajah isterinya, meskipun terjadi perselisihan yang sangat dahsyat, misalnya kerana si isteri telah berbuat derhaka kepada suaminya. Memukul wajah si isteri adalah haram hukumnya. Sebagaimana firman Allah ‘Azza wa Jalla.

Read the rest of this entry »