Kisah Ajaib Dari Buku al-Tobaqot al-Kubra (al-Sya’raani)

Saya mengambil contoh-contoh kisah ajaib ini daripada buku karya Muhammad al-Abduh dan Toriq Abd. Halim tentang sejarah dan isi kandungan tarekat sufi bertajuk ‘al-Sufiyyah, Nasy’atuha wa Tatowwuruha’ (muka surat 61-63). Kisah-kisah ajaib ini diterima oleh golongan tarekat sufi sebagai keajaiban para wali. Al-Sya’raani sendiri berdiam diri tanpa memberikan komen terhadap kisah-kisah yang beliau muatkan di dalam bukunya itu. Mari kita kongsi bersama beberapa contoh tersebut:

1- Syeikh Ahmad al-Rifaaei apabila Allah SWT bertajalli (keadaan yang paling hampir dengan Allah) maka Syeikh Ahmad akan cair menjadi air. Maka ketika Allah SWT menginginkannya kembali kepada manusia, Syeikh Ahmad bertukar menjadi manusia sedikit demi sedikit. Menurut Syeikh Ahmad: ‘kalaulah tidak kerana sifat kasih Allah, aku tidak dapat kembali bertemu kamu semua’.

2- Apabila seseorang itu ingin berbahasa dalam bahasa yang dia tidak mahir, maka syeikh tarekat akan meludah ke dalam mulutnya lalu dia akan terus menjadi mahir dalam bahasa tersebut.

3- Salah seorang syeikh tarekat terkenal di sekitar kurun ke 8 Hijrah bernama Syeikh Ruslan, apabila beliau mengendalikan majlis zikir sambil menari, beliau pernah terapung di atas udara dan berpusing-pusing lalu turun ke bumi secara perlahan. Kemudian apabila beliau menyandarkan badannya kepada pokok buah Tin yang kering dan mati, tiba-tiba pokok itu kembali segar dan hidup semula.

4- Salah seorang syeikh tarekat terkenal bernama Abu al-Abbas telah hidup sehingga mencecah umur 400 tahun.

5- Kata seorang alim tarekat bernama Husain Abu Ali: seseorang yang sempurna lagi arif sering berubah-ubah bentuk. Kadang-kadang kamu masuk bertemunya dalam keadaan seorang askar, kadang-kadang kamu masuk dan dia telah berubah kepada binatang pemangsa dan kadang-kadang kamu masuk dan kamu melihat dia dalam bentuk seekor gajah.

6- Salah seorang syeikh tarekat bernama Ibrahim Ibn ‘Usaifir meracau dan bercakap dengan bahasa yang tidak difahami di hadapan jenazah apabila jenazah dibawa ke perkuburan.

Terdapat lagi kisah-kisah ajaib dalam buku al-Tobaqot al-Kubra ini yang menggambarkan kehebatan dan kepelikan perangai syeikh-syeikh tarekat yang telah mencapai tahap kesucian hati yang tinggi. Kalau ada kesempatan, saya akan bawakan lagi kisah sebegini untuk tatapan kita bersama.

Apa pandangan anda tentang keajaiaban seperti ini? Bagi yang menceburi tarekat sufi, apa pandangan anda tentang perkara ini?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: