Penyaksian Mohammad Bin Soleh al-’Uthaimin Terhadap Beberapa Pendakwah

بسم الله الرحمن الرحيم …الحمد لله رب العالمين … أما بعد
:

فهذا السؤال موجه إلى سماحة الشيخ محمد بن صالح بن عثيمين.. يا شيخ – بارك الله فيك- هناك بعض طلبة العلم الذين عادوا من المدينة وغيرهم .. بدأو في تحذير الشباب من عدة مشايخ، وهم: سلمان العودة، وسفر الحوالي ، وناصر العمر، وعائض القرني.. بأن منهج هؤلاء مخالف لمنهج السلف الصالح، وعلى طلبة العلم ألا يستمعوا لأشرطتهم ، وإذا أرادوا أن يحيلوا الجواب إلى المرجع في هذا الأمر أحالوهم إلى مشايخ المدينة ، ولم يحيلوهم إلى سماحة الشيخ: عبد العزيز بن عبد الله بن باز- حفظه الله- فما رأيك ياشيخ؟؟

Soalan ini telah diajukan kepada Samahah al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin : “Wahai Syeikh, barakallahu fiik. Disana adanya sebahagian penuntut ilmu yang pulang dari Madinah dan selain mereka, mula memberi peringatan kepada pemuda-pemuda dari beberapa orang Syeikh, antaranya, Salman al-Audah, Safar al-Hawali, Nasir al-Umar, ‘A-id al-Qarni, (mereka mendakwa) Manhaj orang-orang ini berbeza dengan manhaj Salaf al-Soleh, (mereka juga memberi peringatan) kepada para penuntut ilmu yang lainnya supaya tidak mendengar rakaman kuliah-kuliah mereka (nama yang disebut di atas). Apabila pemuda-pemuda itu hendak merujuk jawapan dalam soal ini, mereka menyuruh pemuda-pemuda itu merujuknya kepada Syeikh-SYiekh di Madinah, Mereka tidak menyuruh untuk merujuk kepada Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz -hafizahullah- Maka apakah pandangan anda wahai Syeikh ?”

فأجاب سماحة الشيخ محمد بن صالح العثيمين – رحمه الله -: بسم الله الرحمن الرحيم.. أرى أن مثل هذا
العمل عملٌ منكر، لأنه لا يجوز للناس أن يفرّقوا بين العلماء بدون حق. وما ذُكر عن المشايخ -الذين تقدم السائل بذكر أسمائهم- فأنا لا أعلم عليهم إلا خيراً.. وهم من إخواننا الذين لا نسيء الظن بهم، ونرى أن من ذمّهم فإن الواجب عليه أن يتقي الله-عز وجل- ، وأن ينظر في الأمر الذي ذمهم من أجله.. وأن يتبصّر فيما يقولون، وفيما يدعون إليه؛ فإن كان حقاً فهذا هو المطلوب.. وإن كان خطئاً فقد يكون الخطأ عنده هو لا عندهم.. فليتكلم معهم ، ويبحث معهم .. ثم الحق ضالة المؤمن أينما كان
الشيخ العلامة محمد بن صالح العثيمين رحمه الله

..
Jawapan Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin :

Bismillahirrahmanirrahim

“Aku melihat perbuatan seperti ini, adalah kerja yang mungkar, ini kerana, manusia tidak boleh memisahkan antara ulama tanpa kebenaran. Dan apa yang disebut dari nama-nama Syeikh – yang penanya sebutkan nama-nama mereka- Aku tidak mengetahui tentang mereka melainkan kebaikan sahaja. Mereka dari kalangan saudara-saudara kita yang kita tidak boleh berburuk sangka dengan mereka. Aku berpandangan, kepada siapa yang mencela mereka, jawapan untuknya ialah hendaklah dia bertakwa kepada Allah -azza wa jalla- melihat semula kepada persoalan yang dia cela itu, dan meneliti/menimbang semula apa yang mereka katakan dan serukan itu, jika ianya kebenaran, maka itulah yang dituntut, jika ianya kesalahan, kadang-kadang berlakunya kesalahan itu disisi orang yang mencela bukan disisi mereka yang dicela, maka berbicara dan berbincanglah dengan mereka.. Kemudian kebenaranlah yang dicari oleh orang yang beriman, dimana sahaja dia berada.”

al-Syeikh al-’Allamah Muhammad bin Soleh al-Uthaimin.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: