Masa Depan Palestin Dari Kaca Mata Al-Israa’ wa Al-Mi’raaj

July 12, 2007

Ketibaan bulan Rejab selalunya dikaitkan dengan peristiwa al-Israa’ wa al-Mi’raaj. Walaupun saya pernah bertemu dengan sekurang-kurangnya lima pendapat yang diperselisihkan ulama tentang tarikh sebenar peristiwa itu, namun umumnya umat Islam secara masyhur menerima 27 Rejab sebagai tarikh yang terpakai.

Jika kita mengimbas kembali ke beberapa tahun yang lalu, masjid-masjid sering mengadakan keramaian memperingati peristiwa ini sehingga ada di antaranya mencapai tiga malam berturut-turut. Banyak sungguh kisah yang dipaparkan sehingga kita terngaga mendengar Israa’ dan Mi’raaj ini, yang pengisahannya terbang ke udara seperti mitos dan buah mulut ‘Tukang Karut’ al-Qassaseen.

Read the rest of this entry »


Bersama Membangunkan Ekonomi Umat Islam

June 30, 2007

Malangnya kita cuai dan alpa. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup di bumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bertani di bumi kita, tidak menghasilkan keluaran dari bahan galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita… jadilah kita dalam banyak keadaan pengguna bukan pengeluar, pengimpot bukan pengilang. Kadangkala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun .” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Aina al-Khalal, m.s.12-13, Beirut: Muassasah al-Risalah)

Apabila saya menyebut keperluan umat Islam tolong-menolong dalam soal ekonomi, ada yang menyatakan hal ini tidak patut disebutkan. Nanti akan difahami oleh sesetengah pihak sebagai ‘perkauman’.

Pandangan itu dinyatakan kerana saya ingin menggalakkan masyarakat muslim membantu membeli produk-produk keluaran saudara-saudara muslim. Saya tidak menyuruh memulaukan barangan ‘orang lain’. Saya cuma mengajak agar diberikan keutamaan disebabkan beberapa faktor, antaranya; keadaan ekonomi umat Islam yang agak ketinggalan terutama sebagai kuasa pengeluar sedangkan kita mempunyai kuasa membeli. Juga pembabitan umat Islam di tanah air dalam bidang perniagaan masih tidak kukuh.

Read the rest of this entry »


Al-Bukhari: Mencari Ilmu, Bukan Menunggu Ladunni

June 13, 2007

Sepanjang minggu ini saya ber’sahabat’ dengan sebuah buku karya salah seorang tokoh gerakan tajdid terkenal dari Syria, Jamaluddin al-Qasimi (meninggal pada tahun 1332 Hijrah) bertajuk ‘Hayat al-Bukhari’ (cetakan Dar al-Nafaais pada tahun 1992 dan dianalisis @ tahqiq oleh Mahmud al-Arnaouth). Buku ini telah saya baca sebelum ini, tetapi tidaklah seratus peratus. Terlalu banyak faedah yang ada di dalamnya menyebabkan saya rasa terpanggil untuk menelaahnya kali kedua. Buku tersebut menceritakan segala yang penting berkaitan Imam al-Bukhari, sejarahnya dalam menuntut ilmu, bukunya Sahih al-Bukhari serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

Read the rest of this entry »