Duduk Di Atas Kubur

June 30, 2007

Islam telah turun dengan syari’atnya yang sempurna untuk mengatur segala sendi kehidupan. Termasuk dalam hal ini adab-adab dalam penguburan dan ziarah. Adalah benar apa yang dikatakan oleh orang tersebut bahwa Saudara agar tidak duduk dan menginjak di atas kuburan. Telah shahih sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam akan pelarangan tersebut sebagaimana sabdanya :

لأن يجلس أحدكم على جمرة فتحرق ثيابه فتخلص إلي جلده خير له من أن يجلس على قبر

“Lebih baik salah seorang di antara kamu duduk di atas bara api hingga membakar pakaian dan kulitnya daripada duduk di atas kubur” (HR. Muslim no. 971 dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu).

Read the rest of this entry »


Sikap Syiah Terhadap Umar al-khattab r.a

June 13, 2007

Siapakah pembunuh Saidina Umar al-Khattab r.a.? Dia ialah Abu Lu’lu’ah al-Farisi al-Majusi. Menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah di dalam Minhaj as-sunnah an-nabawiyah, Abu Lu’lu’ah adalah kafir dengan kesepakatan seluruh Muslim. Dia adalah seorang Majusi penyembah api.

Tambahnya lagi, Abu Lu;lu’ah membunuh Saidina Umar r.a. kerana kemarahannya kepada Islam dan para pemeluknya dan membalas dendam bagi pihak kuffar terhadap apa yang dilakukan oleh saidina Umar r.a. ke atas mereka ketika menakluk negara mereka, membunuh para pemimpin mereka dan membahagi-bahagikan harta mereka.

Read the rest of this entry »


Al-Bukhari: Mencari Ilmu, Bukan Menunggu Ladunni

June 13, 2007

Sepanjang minggu ini saya ber’sahabat’ dengan sebuah buku karya salah seorang tokoh gerakan tajdid terkenal dari Syria, Jamaluddin al-Qasimi (meninggal pada tahun 1332 Hijrah) bertajuk ‘Hayat al-Bukhari’ (cetakan Dar al-Nafaais pada tahun 1992 dan dianalisis @ tahqiq oleh Mahmud al-Arnaouth). Buku ini telah saya baca sebelum ini, tetapi tidaklah seratus peratus. Terlalu banyak faedah yang ada di dalamnya menyebabkan saya rasa terpanggil untuk menelaahnya kali kedua. Buku tersebut menceritakan segala yang penting berkaitan Imam al-Bukhari, sejarahnya dalam menuntut ilmu, bukunya Sahih al-Bukhari serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

Read the rest of this entry »


kisah Ajaib Tarekat Dan sufi

June 13, 2007

Maklumat di dalam artikel ini saya ambil daripada buku Haqiqat al-Sufiyyah Fi Dhau’ al-Kitab wa al-Sunnah – Dr. Muhammad Ibn Rabi’ – Universiti Islam Madinah dan buku al-Toriqah al-Naqsyabandiyyah – Abd. Rahman Dimasyqiyyah – http://www.frqan.com.

Sebelum kita mengikuti beberapa kisah ajaib, elok kita mulakan dengan pendapat seorang ulama al-Azhar, Muhammad Abu Zahrah dalam bukunya ‘Ibn Taimiyyah’. Menurut beliau, kemunculan tasawwuf adalah berasal daripada beberapa punca yang berbeza iaitu:

Read the rest of this entry »


Kisah Ajaib Dari Buku al-Tobaqot al-Kubra (al-Sya’raani)

June 13, 2007

Saya mengambil contoh-contoh kisah ajaib ini daripada buku karya Muhammad al-Abduh dan Toriq Abd. Halim tentang sejarah dan isi kandungan tarekat sufi bertajuk ‘al-Sufiyyah, Nasy’atuha wa Tatowwuruha’ (muka surat 61-63). Kisah-kisah ajaib ini diterima oleh golongan tarekat sufi sebagai keajaiban para wali. Al-Sya’raani sendiri berdiam diri tanpa memberikan komen terhadap kisah-kisah yang beliau muatkan di dalam bukunya itu. Mari kita kongsi bersama beberapa contoh tersebut:

Read the rest of this entry »


Persoalan Kuburiyun (Pemuja Kubur) Menurut Ahlus Sunnah & Imam as-Syafi’e

June 13, 2007

Sudah ratusan tahun Islam masuk ke Nusantara dan telah dianut oleh jutaan penduduknya, namun persoalan kuburi masih tidak diketahui dan difahami bukan sahaja oleh orang awamnya tetapi termasuk juga orang yang dianggap sebagai ulama. Buktinya jelas di mana terdapat masjid-masjid lama dan baru serta surau-surau yang hingga hari ini masih dipenuhi dengan kuburan, sama ada di dalam, di luar, di persekitaran atau di tanah wakaf masjid.

Oleh kerana perkara ini berkaitan langsung dengan persoalan akidah dan membabitkan kesyirikan, maka menjadi kewajipan kepada penulis untuk menjelaskan hukum-ahkamnya melalui tulisan ini.

Fenomena syirik yang berpunca dari perbuatan (amalan) kuburi sangat berleluasa di kalangan masyarakat Islam. Ia wajib difahamkan dan diketahui oleh setiap orang Islam agar kesyirikan yang berpunca dari perbuatan kuburi dapat dibenteras dan dihapuskan.

Read the rest of this entry »


Menjelaskan Kekeliruan Yang Terdapat Dalam Kitab al-Barzanji (Maulid Berzanji)

April 24, 2007

Setiap pertikaian adalah diambil daripada sumber beberapa kitab terjemahan berzanji. Dua Kitab terjemahan yang menjadi rujukan utama:

– Terjemahan Maulid Berzanji Daiba’i, Perniagaan Jahabersa, Susunan Ust. Zulkifli Mat Isa.
– Majmu’ah Maulid Sarif, Percetakan al-Ma’arif SDN. BHD.

Read the rest of this entry »